aku

Amazon

Jumaat, 11 Mac 2011

kata2 para salihin:

 bahan ini dpetik dari buku apa ertinya saya menganut ISLAM?, (maza ya’ni intiami lil Islam?) ditulis oleh Fathi Yakan pegasasJamaah Islam pada awal 60an diterjemah oleh Alias Othman dari UM, penerbit Pustaka Salam SDN.BHD

salah seorang salihin berkata "Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri melalui sepuluh pintu:




  1. .Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada      dengan apa yang ada.
  2. Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.
  3. Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti
  4. .Kagum terhadap diri sendiri ('Ujub), lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yaburuk.
  5. Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghaddengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
  6. .Hasad (dengki), lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada (qana'ah) dan reda terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.
  7. Riya' dan sukakan pujian orang. Lalu aku menghadapinya dengan ikhlas.
  8. Bakhil (kedekut), lalu aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan    binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah
  9. Takabbur (membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dengan rasa tawaduk.
  10. Tamak haloba, lalu aku menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan