aku

Amazon

Sabtu, 2 April 2011

al- Fasad

 sifat manusia yang selalu alpa dan mudah lalai mendekatkan kita dengan fasad, fasad dengan bahasa mudahnya ialah kerosakan iaitu manusia sering kali melakukan kerosakan dengan tangan mereka ke atas bumi. pemahaman ini dapat dilihat dalam firman Allah yang bermaksud " Kemudian apabila dia beredar(setelah mendapat hajatnya), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakan  padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binantang ternakan dan manusia), sedangkan Allah tidak suka kepada kerosakan." (Al-Baqarah: 205)

  apasaja perbuatan yang bertentangan syara disebut fasad atau kerosakan ini kerana syara megutamakan prinsip kemaslahatan umum manusia dan tentangan terhadap syara bermaksuk menentang Allah secara nyatanya. Fasad berlaku kerana manusia itu sendiri melakukan kejahatan untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu dan cita-cita nya hanya untuk mendapat kelazatan duniawi sahaja.... perbuatan fasad bukan sahaja memberi kesan pada diri pelaku ianya juga memberi kesan kerosakan kepada orang ramai dan alam di sekelilingnya. sebagai contoh seorang yang tamak akan melakukan apa saja untuk cepat kaya sehinga sangup melakukan apa saja... dalam proses itu ada saja yang menjadi rosak termasuk diri pelaku, seorang perniaga melakukan penipuan kesanya kepada pembeli, dan seorang pemimpin  yang tidak amanah mendedahkah negaranya kepada kehancuran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan