aku

Amazon

Rabu, 29 Jun 2011

perlumbaan perdagangan

    Menjelang abad ke 17 bukan sahaja Inggeris dan belanda yang mahu meguasai dan memperluas empayar di kawasan timur namun kesemua mereka mempunyai tujuan sama yang utama iaitu merebut peluang perdagangan yang lumayan, turut serta dalam perlumbaan ini  ialah Perancis.
     Pada tahun 1621, Jeneral Augustin  de Beaulieu (perancis semasa pemerintahan Raja Louis xiv) telah belayar di kawasan timur untuk meninjau peluang dan maklumat bagi Perancis membuka French East India Company, dalam buku log beliau ada mencatat maklumat berkenan kedah dan langkawi  di mana pada masa itu Langkawi dekenali sebagai Pulau Lada oleh orang aceh berikutan terdapat banyak lada hitam. Portugis yang pada ketika itu sudah meguasai Pelabuhan Melaka akan singah di Pulau Lada pada bulan disember sebelum berniaga dengan saudagar cina yang sudahpun meguasai kawasan Patani dan Phuket. pada ketika ini potensi pulau pinang  masih tersembunyi.
     Pada abad ke 18 Revolusi industri baru bermula di England memaksa Britain memperkukuhkan perdangangan dengan China. Englang memerlukan bahan mentah dan peluang pasaran baru untuk memasarkan barangan mereka. barangan dari india mendapat perhatian oleh pedagang china manakala barangan china mendapat pasaran baik di eropah dan negara barat, oleh itu Syarikat hindia timur inggeris berusaha keras mencari pangkalan yang strategik di kawasan utara untuk meguasai  perdangangan China-Barat. Akhirnya pada tahun 1786 pulau pinang di ambil dengan penuh muslihat apabila Sultan Abdullah melepaskan pulau tersebut dengan harapan mendapat perlindungan daripada serangan siam dan bugis. akhirnya pulau pinang menjadi pelabuhan penting untuk dijadikan tempat pegumpulan barang dan markas tentera, pulau pinang menjadi pelabuhan entreport bagi kawasan utara selat melaka sebelum ditandingi oleh Singapura yang dibuka pada tahun 1819

Tiada ulasan:

Catat Ulasan