aku

Amazon

Rabu, 4 Januari 2012

kegagalan PBB sebagai badan antarabangsa

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersaatu yang sepatutnya menjadi satu kuasa yang menjaga keharmonian sejagat seakan sudah terikat oleh kuasa VETO oleh negara Perancis,Rusia, Amerika Syarikat, United Kongdom, dan China. sejak dari awal lagi pertubuhan ini sudah terbantut pergerakannya di mana salah guna kuasa VETO oleh negara negara tersebut meyebabkan PBB tidak berfungsi seperti sepatutnya dan hanya menjdi boneka permainan dalam percaturan negara pemegang kuasa VETO.

daripada keadaan ini meyebabkan PBB kelihatan seperti tidak dapat membuat keputusan terhadap isu sejagat. kuasa VETO menjadi penghalang utama dan apabila persidagan dilakukan kata sepakat yang sebulat suara tidak pernah trcapai dalam isu-isu  yang dibincangkan contohnya krisis-krisis di BOSNIA, KEMBOJA, dan PALESTIN. kegagalan mencapai kata putus yang senada meyebakan ada dikalangan ahli angota megambil keputusan di luar kawalan PBB

negara negara pemegang kuasa VETO kelihatan seolah-olah tidak bertanggungjawab dalam menegakkan keadilan sejagat. dan tindakan mereka seolah-olah mengugat tindakan-tindakan PBB sehinga membantutkan pertubuhan ini sebagai satu kuasa penjaga keamanan.

Amerika syarikat telah menolak usul bantahan terhadap pencerobohan Israel ke atas tanah PALESTIN, serangan tentera bersekutu diketuai Amerika terhadap IRAQ mengunakan nama PBB. sedangkan tindakan tersebut tidak mendapat persetujuan PBB. tindakan di IRAQ jelas membuktikan bahawa PBB sudah tidak releven dan hanya menjadi tempat forum yang membung air liur saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan