- mendapat redha Allah. Sabda Rasullulah bermaksud redha Allah adalah keredaan pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pada kemurkaan ibu bapa.
- jaminan shurga. Diriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada baginda untuk berjihad pada jalan Allah, lalu Rasullulah bertanyakan lelaki tersebut ' dadakah ibu bapa kamu masih hidup'? lelaki itu menjawab ya maka rasullulah bersabda. dampingi mereka dan berbuat baik kepada mereka berdua, sesunguhnya Syurga terletak di tapak kaki mereka. (riwayat Al-Tabrani)
- panjang umur dan murah rezeki. Rasullulah bersabda. sesiapa yang mahukan umur panjang dan murah rezeki maka hendaklah dia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan menghubungkan silaturahim (riwayat Ahmad).
- jaminan mendapat layanan baik daripada anak-anak kelak, sabda Rasullulah berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu...
- malangnya kebanyakan masyarakat zaman sekarang tidak lagi menghormati kedua ibu bapa mereka apatah lagi berbuat baik kepada mereka, ada ibu bapa dilayan seperti hamba pada mereka... dan satu soalan kepada pembaca.. sudahkah anda berbuat baik kepada kedua orang tua anda..?
Selasa, 25 Januari 2011
balasan berbuat baik kepada ibu bapa
keredaan ibu bapa amat penting untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Di dalam agama Islam ada menerangkan balasan dan ganjaran pada mereka yang berbuat berbakti dan berbuat baik kepada kedua orang tuanya antaranya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan