Negeri Sembilan mempunyai keluasan 6,645 kilometer persegi. Populasi penduduk diangarkan kira-kira satu juta orang. Pentadbirannya pada masa kini terbahagi kepada tujuh daerah dan Seremban sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi kepada Negeri Sembilan.
Perindustrian di Negeri Sembilan membangun dengan pesat,sejajar dengan kepesatan perindustrian Negara. Negeri ini telah menempatkan pelbagai jenis industri yang telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Selain itu Negeri Sembilan cukup kuat dengan pengaruh Minangkabau sehinga dikenali sebagai negeri berbudaya. Faktor ini turut menjadikan negeri ini unik hingga muncul sebagai salah satu distinasi pilihan pelancong.
Dengan kedudukan yang strtegik, di laluan Selat Melaka selain berjiran dengan Lembah Kelang, menjadikan Negeri Sembilan sangat berdaya maju dari segi ekonomi. Walaupun demikian sektor pertanian dan perladangan kekal sebagai sektor utama di negeri ini.
Nama Negeri Sembilan berasal dari gabungan Sembilan daerah iaitu Sungai Ujong, Rembau Johol,Jelebu, Naning, Segamat, Ulu Pahang, Jelai, dan Kelang. Sebelum abad ke-18, Negeri Sembilan tidak beridentitikan politik. Ia wujud selepas perlantikan Raja Melewar pada tahun 1773 sebagai Yamtuan.
Pengaruh Ingeris di negeri ini bermula pada tahun 1844, dan campur tangan secara aktif bermula ketika meluasnya keperluan bijih timah dalam perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan abad ke-19. Dalam hal ini, ingeris telah mengambil kesempatan dari konflik yang berlaku antara datuk Kelana dan Datuk Bandar di Sungai Ujong mengenai hak ke atas perusahaan bijih timah yang menggunakan Sungai Linggi. Kesan campurtangan Ingeris di Negeri Sembilan meyebabkan proses pembaratan dan proses migrasi orang-orang Cina dan India ke negeri ini, hinga mewujudkan masyarakat majmuk di Negeri Sembilan.
Pembentukan Negeri Sembilan seperti yang ada sekarang bersal daripada satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1885 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat bagi pihak Kerajaan Inggers dengan Yamtuan Seri Menanti dan penghulu-penghulu luak, membentuk sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan. Satu lagi perjanjiantelah dibuat pada tahun 1898 antara Yamtuan Seri Menanti, Tuanku Muhammad dengan Datuk-Datuk Undang Yang Empat kerana melantik baginda sebagai pemerintah bagi seluruh Negeri Sembilan dengan gelaran Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga Residen Inggeris bagi Negeri Sembilan dilantik iaitu E.W.B irch.
Wlaupun pengaruh Inggeris telah mewujudkan masyarakat majmuk di negeri ini, dengan penduduk pelbagai kaum terpisah oleh sebab dasar pegasingan kawasan, bahasa, adat resam , dan cara kehidupan sosil seharian. Namun selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (Malysia) mencapai kemerdekaan pada tahun1957, keadan ini mulai berubah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan