aku

Amazon

Selasa, 23 Ogos 2011

Makna wang dan Harta

  manusia amat memerlukan wang dan harta untuk kelansungan hidup namun dalam aspek apa sekalipun sesuatu yang lebih pasti mempuyai kesan sampingan,. Orang meyangka hidup susah dan miskin merupakan dugaan kehidupan sehinga terlepas pandang apabila harta kekayaan yang melimpah juga merupakan dugaan dalam hidup apabila tidak diurus dengan betul mampu mengheret mereka ke api neraka kelak saat ditanya Tuhan apa yang kamu perlakukan dan belanjakan harta kamu?, Di mana ia dibelanjakan  di jalan dosakah atau di jalan diredaiNya?
   mungkin ada yang masih tidak sedar apa yang membezakan orang kaya dengan orang biasa, Orang kaya mewujutkan Eksklusif dalam ruang lingkup hidup mereka, mereka membelanjakan wang ringgit  untuk mewujutkan tembok eksklusif , dan mereka tidak berkerja untuk mendapatkan kekayaan  tetapi mengunakan orang biasa untuk menjana pendapatan mereka.... orang biasa pula berkerja untuk mereka yang kaya, berhempas pulas belajar untuk mendapatkan kerja dan kemudian mendapat gaji bulanan, dan kemudian terpaksa berjimat cermat dengan duit gaji tersebut supaya dabat bertahan sampai bulan yang berikutnya. Bagai mana orang kaya boleh terus kaya dan yang miskin terus melarat ? mestilah melalui sistem yang sedia ada, sistem yang mana yang kaya terus mengandakan harta kekayaan manakala, golongan sederhana dimomokkan dengan kemiskinan supaya berkerja keras untuk mencari harta untuk kelansungan menghadapi kehidupan, tentulah dalam sistem manusia ini orang miskin diperlukan untuk menakutkan golongan pertegahan supaya berkerja keras untuk orang kaya...mereka inilah hamba sistem barat, hamba dunia dan harta.

   dalam sistem islam pembahagaian harta kekayan harus saksama, yang miskin tidak patut dibiar melarat  kerana bahaya kemiskinan amat besar sehinga boleh membawa kepada kekufuran, yang di tengah harus mempuyai ketenangan jiwa supaya tidak terlalu mengejar dunia dan lupa akhirat, manakala yang di atas harus berkongsi kekayaan, kerana harta kekayaan tersebut bukan milik mutlak mereka dan sebagai perigatan supaya tak tengelam dalam lautan harta duniawi.Dalam islam wujudnya Zakat, kalau dilihat dari sudut ekonomi, ia merupakan satu peyelesaiyan kepada masalah kemiskinan tapi malangnya di Malaysia kita berjaya megutip Zakat tersebut tetapi gagal untuk megagihkanya dengan betul dan sistematik sehinga ada lagi umat islam yang fakir miskin.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan