aku

Amazon

Isnin, 22 Ogos 2011

Malaysia bersediakah negaraku menuju kejatuhan...?

  dalam putaran sejarah yang  memaparkan peristiwa terdahulu sebagai teldan untuk manusia seringkali dilupakan. Al-Quran turut merekod tentang kaum terdahulu sebagai perigatan dan panduan manusia menunjukkan bertapa pentingnya sejarah. Tetapi manusia terlalu bongkak dan sombong mersakan diri mereka hebat, merasakan mereka tidak perlu melihat kebelakang kita hanya perlu tumpukan pada masa hadapan.. tidak sedarkah mereka atau mereka masih bermimpi bahawa yang belakang itu akan menjadi depan mereka.   bayangkan kita berada atsa bulatan jalan raya , yang lepas pasti akan terjadi..... manusia tidak akan dapt lari dari putaran ini.
  sejarah menceritakan setiap tamadun pasti akan rutuh tiada yang terkecuali, ini membuktikan Malaysia juga boleh runtuh cuma tarikh nya kita tidak tahu..setiap tamadun sememangnya akan jatuh megikut hukum sejarah yang pasti berputar setiap masa.. keyataan ini digambarkan oleh Ibn Khaldum. menurut beliau, sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seseorang yang mana pada akhirnya pasti akan mati. Ibn khaldum membahagikan kadar tempoh sesebuah tamadun itu kepada empat fasa, iaitu generasi pegamal, generasi pegikut, generasi pemelihara tradisi, dan generasi pemusnah tradisi.
   Dari sudut malaysia, negara ini tidak dapt lari dari hukum sejarah dimana hakikatnya negara Malaysia pasti akan jatuh cuma cepat atau lambat terletak pada isi negara tersebut iaitu rakyatnya,  cuma yang memimbangkan penulis ialah tanda- tanda kejatuhan sesebuah tamadun itu sudah nampak pada wajah Malaysia, mungkin tidak besar masalahnya atau diangap remeh oleh sesetengah orang tetapi sebagai titik mula kejatuhan apa-apa pun boleh terjadi.

   kejatuhan sesebuah tamadun itu disebabakan oleh beberapa faktor antaranya ialah perpecahan dalam angota masyarakat. Tidak mudah bagi negara Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa megekalkan keharmonianya. keamanan yang dicapai sekarang pun bukan kepalang susahnya dibentuk, bermacam dugaan ditempuhi termasuk peristiwa berdarah 13 mei.. saat kepayahan tersebut pasti boleh berulang kembali, 13 mei boleh berputar kembali jika rakyatnya tidak bersatu. bayangkan negara Arab yang mejoriti besarnya bangsa Arab dan beragama islam boleh bertelagah ini apatah lagi negara Malaysia? megekalkan keharmonian bukan sesuatu kerja mudah dimana ada saja hati manusia yang dengki cuba mengangu gugat, megekalkan keharmonian adalah satu kemestian dalam pegekalan Malaysia dimana kehancuran disebabkan permusuhan antara rakyat bukan satu pilihan.
   faktor seterusnya ialah keruntuhan akhlak. Dalam pembagunan sesebuah negara seringkali isu moral dan agama merupakan isu sampingan, pembagunan lahiriah(Fizikal) yang pesat tidak seiring dengan pembagunan insaniah.padah kejatuhan moral bukan sedikit. lihat saja kerajaan rom dimana pembagunan fizikal seperti pembangunan bandar dan bersifat kebendaan dan duniawi tidak seiring dengan penghayatan mereka terhadap nilai- nilai murni(moral) yang akhirnya meningalkan puing-puing bagunan kemegahan mereka sebagai bukti kejatuhan kerajaan. peristiwa sama boleh terjadi pada malaysia bilamana masalah keruntuhan akhlak tidak ditagani terutamnya dalam kalangan pemimpin. dapat dilihat pada masa kini penghayatan rakyat terhadap pegangan agama semakin kurang, sikap suka berfoya-foya dan berhibur, amalan rasuah, tamakan kuasa dan sebagainaya semakain hari semakain besar barahnya. mungkin ini juga akan menjadi tanda kejatuhan negara ini apabila nilai murni tidak diamalkan dan agama sebagai perhiasan.
    ketidakadilan juga boleh menjadi punca sesebuah negara itu jatuh. undang-undang adalah untuk semua orang, situasi dunia sekarang dapat dilihat orang kaya kebal dari undang-undang, ketidakadilan juga boleh wujud apabila kerajaan kurang cekap megagihkan kekayaan negara kepada rakyat dimana dapat dilihat yang kaya terus kaya dan yang miskin walau banyak mana pun berusaha terus miskin. Pegurusan pentadbiran yang lemah dan tidak tegas memberi ruang  kepada ketidakadilan berlaku dimana ada saja yang cuba megambil kesempatan terhadap sistem yang lemah dan tenat.
    kesimpulanya Malaysia negara yang kita cintai ini pasti suatu hari akan menemui kejatuhanya megikut hukum alam dimana tiada yang kekal... cuma lambat atau cepat prosesnya terletak pada tangan rakyatnya sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan